Upcoming Moore External ThC Exam

Kepada pelajar-pelajar BM SOMM:

Harap kamu sedang berusaha dan membuat ulangkaji untuk pelajaran Perjanjian Baru 4.

Tarikh dan masa peperiksaan: 25.5.2012 (Jumaat), 9:30am-12:00pm

FORMAT PEPERIKSAAN:

MASA YANG DIPERUNTUKAN: Dua jam tiga puluh minit (campur 10 minit masa bacaan)

BILANGAN SOALAN: Jawab sejumlah EMPAT (4) soalan.

Soalan SATU (1) bernilai 25 markah
Tulis sekurang-kurangnya setengah (1/2) halaman tentang konteks sastera, sejarah dan Alkitab serta aplikasi bagi mana-mana LIMA (5) daripada lapan teks Alkitab.

Soalan DUA, TIGA dan EMPAT setiap satunya bernilai 25 markah
Soalan Esei (mempunyai 3 pilihan untuk setiap soalan)

Terima Kasih

Ps Lydia
Diocesan Training Dept.
(Contact: 014-6790703)

5 thoughts on “Upcoming Moore External ThC Exam

  1. Sampel soalan yang breada di mukasurat paling akhir buku nota NT4:

    Jawab soalan 1 (wajib) dan mana-mana tiga (3) yang lain.

    1. Wajib untuk semua calon

    Tuliskan nota ringkas bagi konteks, makna dan kepentingan bagi mana-mana empat (4) yang berikut:

    (Untuk membantu persediaan kamu, rujukan disenaraikan di akhir petikan)

    a. ‘Pada masa lampau, banyak kali Allah berfirman kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi dengan berbagai-bagai cara.’ (Ibrani 1:1)

    b. ‘Tetapi nyatanya, korban-korban yang dipersembakhan tahun demi tahun itu mengingatkan orang akan dosa mereka.’ (Ibrani 10:3)

    c. ‘Saudara-saudaraku! Sepatutnya beberapa orang sahaja antara kamu berusaha untuk menjadi guru. Kamu tahu bahawa kita yang menjadi guru akan diadili dengan lebih keras daripada orang lain.’ (Yakobus 3:1)

    d. ‘Demikian juga kamu, isteri-isteri harus taat kepada suami, supaya jika ada antara suami kamu yang tidak percaya kepada firman Allah, kelakuan kamu akan menyebabkan mereka menjadi percaya. Kamu tidak perlu mengatakan apa-apa kepada mereka, …’ (1 Petrus 3:1)

    e. ‘Dengarlah! Aku berdiri di depan pintu dan mengetuk jika seseorang mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk ke dalam rumahnya lalu makan bersama-sama dia dan dia makan bersama-sama Aku.’ (Wahyu 3:20)

    f. ‘Kemudian tujuh malaikat yang memegang tujuh buah trompet itu bersedia untuk meniup trompet.’ (Wahyu 8:6)

    2. Tuliskan nota ringkas (kira-kira 2/3 halaman) bagi tiga (3) daripada yang berikut:

    a. Pengarang Ibrani
    b. Pengarang dan kanonisiti Yudas
    c. Kesusasteraan apokaliptik
    d. Visi-visi tentang syurga di Wahyu

    3. Bincangkan, menggunakan bukti daripada surat, tujuan Ibrani dan situasi yang menyebabkan penulisannya.

    4. Apakah yang Ibrani katakan kepada kita tentang perbezaan di antara perjanjian lama dan baru serta perbezaan di antara pengorbanan perjanjian lama dan pengorbanan Yesus?

    5. ‘Cadangan bahawa Yakobus berkonflik dengan Paulus sering menimbulkan masalah.’ Bincangkan.

    6. Bagaimanakah kebarangkalian penganiayaan yang bakal berlaku menentukan struktur dan kandungan 1 Petrus?

    7. Apakah mesej 2 Petrus?

    8. Menggunakan bahan daripada nota pengajian, tunjukkan bagaimana kamu akan mentafsirkan Wahyu.

  2. Komen: Versi Alkitab yang digunakan dalam exam adalah Bahasa Malaysia, agak menggangu kerana sejak mula belajar di kelas menggunakan Alkitab Bahasa Indonesia. Bolehlkah gunakan Alkitab bahasa Indonesia pada exam akan datang? Terima kasih

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s